Thursday 17 September 2015

Semoga kita diberkati olehNya

Yesterday a bad day. Do any girls love separated? No.
Never.
Sama macam saya. Saya tak suka perpisahan. Tak suka perubahan dalam relay kita. Tapi relay mana yg tak pernah dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan hati manusia. Saya seakan tak percaya. Jumaat lalu kita jumpa. Sampailah hari Isnin kita luang masa bersama. Semalam okay. Awak siap mimpi kita nikah.
Sapa tak gembira:) Tapi malam semalam kita gaduh. Gaduh teruk. Teruk sampai awak berkeras nak tinggalkan saya:( Hancurnya hati saya. Maghrib tu saya dah perasan awak lain sangat. Lepas je saya cerita hal saya yg lepas, petang tu, saya perasan awak dah jadi lain. Awak tak ada mood nak layan whatsapp saya. Walaupun awak kata awak okay saya tahu awak tak okay.
Awak.. Dalam banyak benda yg saya nak cakap saya paling nak sangat cakap yg saya ada awak sorang. Saya tahu awak dah tak percaya saya :( Awak kata ni zaman 2015. Bukan zaman tulis surat letak bedak. Awak, saya ada awak seorang je. Walaupun saya ada text orang lain or buat benda yg awak tak suka,, dalam hati ni awak seorang je duduk. saya text untuk suka-suka bukan ada feeling dengan orang-orang tu.
Saya tak hormat awak. Saya mengaku silap saya yg selalu burukkan awak. Saya minta maaf. Awak, setiap apa yg saya kata awak kat kawan-kawan saya tu semua saya tak maksudkan dalam hati. Dan text saya dgn Dyana. Saya jujur mengaku saya termakan ckp dia. Saya tak yakin dengan awak. Waktu tu kita ada masalah. Awak kata taknak pkai phone awak malas nak contact saya. Saya frust :(
Saya fikir buruk. Saya fikir awak ada orang lain. Bodohnya saya sebab fikir macamtu. Sebab termakan kata dyana lah saya buat wechat baru tu. Saya tercabar dengan awak. Saya sedih waktu tu saya cuba gembirakan hati saya. Niat saya waktu tu nak happy kan diri je. Wallahi bukan sebab nak contact ex balik or bukan sebab nak cari orang lain. Tapi sebab nak lupakan sekejap luka kat hati ni. Saya tewas dengan pandangan org lain. Tapi sumpah Demi Allah lepas je awak tegur dan marah saya pasal wechat tu terus saya tak bukak. Saya on wechat awak CARISAYA95 tu.
Sampailah satu malam tu saya bagi dua2 pasword wechat. Tulah kali terakhir saya main wechat lepas awak tukar password. Saya tak faham macam mana awak boleh tergerak hati nak kata saya ada main wechat lagi. Sumpah saya tak ada main wechat :(
Pasal botak. Saya dah tak ada contact dia lepas je kali kedua kita jumpa. Lillahitaala saya tak ada contact dia. Jujur saya memang save no dia. Lagi sekali saya minta maaf. Tujuan saya tak lebih sebab nak tengok whatsapp profile dia je awak. Ye saya mengaku saya save nama tu. Awak kata dia dah ada awek baru. Saya bukannya jeles. Jauh sekali. Tapi sebab awak dah kata awek dia macam janda. Sebabtu saya nak tengok.
Itu je awak :( Gambar-gambar dgn ex saya dalam laptop pun dah lama saya delete. Gambar yg awak jumpa dalam phone saya tu saya send kat Endok sbb nak cakap kat dia nak delete dah gmbar tu. tak sangka masih simpan. Bukan sebab nak sweet balik nak getback balik. Sumpah tak, awak. Gambar dgn amni tu saya send dkt group burit. Saya ckp kat dorang tu gambar pelancau. Semua tu saya tak simpan dah.
Dan pasal audio yg awak kata saya send kat botak tu. Sumpah awak. Percayalah. Saya tak tahu macam mana boleh ada tu semua. Dan saya bukan sengaja hempas phone tu sbb nak suruh awk percaya saya. Hakikatnya memang saya tak ada contact dia. Sungguh. Demi Allah :( Pasal hal saya yg saya dah cerita . Saya cerita bukan saya nak awak jadi macam tu. Awak, jujur, saya sebenarnya taknak cerita. Tapi saya ego. Saya teringat bila awak cerita pasal ex awak. And saya sakit hati. Saya terus nak buat awak rasa sakit hati macam saya. Jahat saya ni kan. Saya memang tak matang. Saya tak pernah ingin nak ex saya balik wak. Saya cakap awak dgn dia terbaik. Saya nak buat awak panas.
Tapi malam tu awak terus kata saya bukan yg terbaik. Awak, saya tak tahu saya nak luah macam mana apa yg saya rasa sekarang.
Saya rasa menyesal, saya rasa bersalah, saya rasa tak guna, saya rasa kecewa dengan awak.
Awak, kalau awak rasa saya ni penipu awak fikir baliklah apa yg saya dah buat untuk kita. Saya tak mengungkit tapi ingatlah pengorbanan saya, pengorbanan awak untuk saya. Awak dan saya kita ada isu kepercayaan. Percayalah apa yg awak rasa kat saya sama macam apa yg saya rasa kat awak. Tapi saya selalu ingat indahnya dalam relay kita. Dan setiap kali awak tinggalkan saya awak mesti harap saya belajar apa yg patut . Sunyinya rasa tu. Kosongnya rasa tu. Saya tak mampu kata apa. Awak tinggal saya macam tu je :( Terseksa nya dalaman saya :(
Bila tertengok gambar kita saya rasa rindu. Tempat selalu saya bermanja, luah perasaan, lepas geram dah tak ada :( Dah tinggal saya sorang2.
InsyaAllah beri saya masa. Saya beri awak masa. Demi awak dan mak ayah saya berubah. La tahzan. Saya berharap sangat kiranya waktu kita dipertemukan kembali kita sudah bersedia untuk satu sama lain. Doaku sentiasa untukmu, Muhammad Shafiq Fahmi.

Sunday 13 September 2015

Make Up...Patut Atau Tidak?

Hallu! Entah kenapa tiba-tiba terlintas kat kepala otak cik hakak ni pasal make-up. Padahal bukannya tengah mengadap cermin tepek-tepek bedak kompak kat muka yang mulus ni. Hahaha. Mulus ke?? Terfikir pasal isu make-up ni pun masa tengah nak dinner bertemankan pakwe tersayang. Terus berhajat nak post pasal make-up. And pleaselahh ini bukan tutorial make-up okay girlsss. Nooo...

Bukan apalah cuma kalau kita tengok zaman sekarang ni kan memang ramai yang dah pandai ber make-up. Ni cerita zaman sekarang sis. Memang trend ber make-up ni dah lama dah pun. Tapi kan sekarang punya penangan make-up perrgghhhh. Cik hakak post ni bukan sebab nak bash or nak condemn girls and boys yang kaki make-up. Wait,,, ada ke boys yang make-up??? Hahaha sesuatu sangatttt. Haa bukan mahu bash tau. Cik hakak ni kaki make-up tegar. Hahaha.

Trend sekarang punya make-up mesti wajib ada contact lens, mascara, foundation? of course lah beb. bedak compact, eyeliner, blusher,, lipstick?? eh wajib lah ! Lagi apa yang cik hakak tak mention? Haaa, brow liner. Sekarang memang ramai berlukis-lukis kening ni. Bagi lentik gila kalah Ziana Zain. Hahaha. Cik hakak make-up dah lama. Sejak sekolah menengah macam tu sampailah sekarang umur cik hakak 20 tahun. Tua dah wey. Sob sob sob.

Belajar make-up ni pun dari kawan-kawan yang part time modelling. So bila dah selalu keluar hangout dengan dia orang mestilah jadi terpengaruh betul tak? Sikit-sikit tahu lah cara nak lukis muka ni haaaa gitu kau. Now even dah jarang sangat-sangat jumpa and contact mereka itu disebabkan kesibukan hal masing-masing, cik hakak tetap teruskan perjuangan dalam dunia make-up. Kau hado? Hahaha.

Jadi pulak pelajar IPTA kan sekarang haaa IPTA mana tuuu ye. Hiks. Kita student politeknik ajeeeee. Ngeh ngeh ngeh. Poli mana tu......biarlah rahsia bak kata Datuk Siti. Cik hakak ambik course tourism management. Ni lah dia nak cerita sikit ni. Budak tourism macam cik hakak memang kena ber make-up sebab kami kerja dalam bidang perkhidmatan. Jadinya kami deal dengan manusia. Kami bukan budak engineering nak menghadap mesin

So adakah cik hakak tak puas hati ni? Adalah sikit. Sebab dulu cik hakak dah terkena orang dok perli dok usik tanya "lawa-lawa macam tu nak pergi class je pun". Tak pun ada yang cakap "amboi tebalnya makeup". My point of view is very simple. Kalau you beli makeup guna duit sendiri or duit mak bapak you tak kisah pun you nak makeup macam mana sekalipun. Kenapa orang lain nak senak. Hahahah.

Cik hakak banyak juga dengar orang kata kalau selalu makeup ni boleh buat muka berkedut. Actually muka memang akan berkedut sekiranya sebelum tidur tak cuci muka yg penuh makeup. So make sure makeup tu cuci bersih-bersih. Tak perlu nak sayang makeup yang lawa tu. Haha . Macam la cik hakak tak tahu kadang2 malas nak cuci makeup dekat muka tu sebab sayang nak buang kan.

And one more important thing, muka akan berkedut kalau you pakai makeup yang tak original. Kalau tengah jalan kat mana-mana tu nampak pulak ada orang jual barang kosmetik dengan harga murah tak masuk dek akal,, please lahhh. Fikir 10 20 kali sebelum beli. Gila ke jual lipstick Naked RM10. Kalau cik hakak masuk Sephora tu bawak RM10 tak dapat punyalah satu batang lipstick sekalipun.

So memang betul sebenarnya orang yang jual murah2 tu barang makeup yg tak ori. Barang makeup memang mahal. Kadang-kadang cik hakak terfikir jugak banyak duit yg dah cik hakak spent untuk kosmetik. Pergilah Watsons or Guardian or Sephora or butik-butik kosmetik. Cosmetic Merchandise kat situ semua dijamin original. Tak elok pakai yang fake. Not good for your face. Once kita dah oles dekat muka pun hasil dia memang tak memuaskan. Sebab apa? Sebab tak ori.

Terbaru punya cerita pasal contact lens. Sebelum ni contact lens ni sebagai ganti kepada kaca mata. Means untuk orang yg rabun je. Nowadays lens yg tak ada power pun ada untuk somebody yg tak ada masalah penglihatan. Dah lah gitu berwarna warna pulak. Acah-acah mat saleh dah. Hahaha. Cik hakak pun pengguna contact lens. Start pakai lens ni sejak 2013 sampailah sekarang.

So sapa2 yang guna lens untuk makeup memang tak dinafikan muka jadi lain and lebih cantik. Thats why sekarang memang dah jadi trend gila-gila. Padahal dah lama dah cerita lens ni. Cik hakak beli lens no power,, beli dekat kedai optic wear lah kan. RM60 untuk tiga bulan. Tapi tulah housemates hakak tiba-tiba nak pakai lens. Tapi dia orang beli dekat IG and harga lens yg dia orang nak beli tu memang jauh beza dengan harga lens hakak.

Cuma belasan ringgit je. Alah lens yang dalam botol tu. Bukan anu dalam botol! Then timbul pulak isu. Member hakak yg sorang ni kata jangan beli lens macam tu. Bahaya untuk mata. And dia siap tunjuk kes budak perempuan yg retina mata dia koyak sebab pakai lens. Lens memang mahal even macam brand FreshKon tu dia jual sampai seratus lebih. Then tak masuk akal kalau beli lens yg harga belasan ringgit and expiry date sampai 6bulan-ada yg sampai setahun baru expired!

Hakak pun tak berani nak comment apa-apa sebab hakak pun contact lens user. Memang berisiko sikit pakai lens ni. Sebab kita pakai benda asing kat mata. Memang berisiko kena radang mata, mata pedih and merah. Hakak pernah jugak mata jadi merah and terpaksa stop pakai lens sampailah mata okay. Apa yg hakak selalu buat untuk jaga mata dan lens adalah hakak selalu cuci lens, elakkan tidur dengan pakai lens, selalu pastikan jari dalam keadaan bersih sebelum sentuh lens.

And paling penting jangan biarkan mata kering. Sebab bila mata kering lens tu akan buat penglihatan kita kabur. So bawak lah eyemo ke mana sahaja anda pergi okay darll. Perlu makeup ataupun tidak terpulang kepada setiap individu. Kita perlu respect setiap pendapat masing-masing. Dan paling penting, makeup ataupun tak, seseorang perempuan tu tetap lawa. Cantik itu subjektif. Jangan menilai dari rupa. Hehehe.

And also bukan 24 jam sehari pun hakak letak makeup kat muka. Ada jugak hari hakak with no makeup. Apa yg orang jarang tahu, hakak cuma tunjuk muka tanpa makeup pada orang tertentu je macam dekat bf hakak, family and kawan rapat. Kira dia orang ni memang special. Hakak pun dah tunjuk muka with makeup and without makeup dekat bf, Shafiq. So takdalah isu tipu rupa hahahaha. Apa yg penting kejujuran tu mesti ada okayyy.

Okaylah nak cau dulu. Shafiq dah bising tu. Daa