Tuesday 6 September 2016

Ambil Berat Sesama Kawan Rumah Sewa

Hai..
Long time no see chuollss. Rindu nak post2 benda alah ni tapi faham jelah student life ni memang barai dan busy. Next month dah start aku punya final paper....Wuuuuu cepatnya masa berlalu study pun paras2 hidung je ni. Memang tak ready sangat2.
Now aku tengah semester 5 just another semester to graduate.Wish me luck !!!
Bercakap pasal student life ahah selain dari study memang banyak benda aku kena adapt. Of course lah 'family kedua' aku - housemates. Ya ya yaaaa housemate! Kalau student yang duduk kamsis memang tak payah cerita lah kan. Paling2 isu kau dengan roommate je.. tak pun dengan ketua block kau. Ataupun AJK2 block dengan program kolej kediamannya dan Pusat Islam nya.
Tapiiii... kalau dah duduk menyewa dengan kawan2 mestilah kau duduk dengan 5 orang dan lebih. Yang dalam 5 6 7 8 orang tu semua kepala lain2. Yang cepat marahlah, yang pemalaslah, yang kuat bebellah.. Oh my God banyak sangat.
Aku duduk menyewa dengan kawan2 kelas dalam 9 orang. Bilik ada 3 so bilik depan 3 orang duduk, bilik tengah 3 orang duduk and bilik belakang 2 orang duduk. Lagi sorang merempat kat ruang tamu ahahah.
Come on lah bila dah masing2 jumpa umur pun 19 20 macam tu. Masing2 dah ada kepala sendiri dah susah sikit nak terima pandangan or nasihat orang lain. So macam tulah ceritanya dengan housemate aku. Aku bukan nak buruk2kan dia orang,, well aku pun tak lah perfect. Kadang2 ada jugak perangai malas aku or whatsoever haha see aku mengaku kan.
Bila aku duduk dengan housemate ni lah aku mula nampak perangai masing2. Berpuak tu toksah cerita la jemah hoi. Silap2 haribulan di bawah satu bumbung pun ada 2 3 whatsapp group yang berbeza ahahahahahah! Tak percaya? Come on babes nowadays zaman gadjet. Pasal gadjet pun boleh makan hati paa citaa....
Contoh aku taknak ambik jauh la. Aku sendiri. Aku ni bukan ip users. So dalam rumah sewa aku ada 9 orang. 7 orang ip users. Aku dengan lagi sorang ni je yang setia dengan android. Dah kata ipong kan mestilah camera phone pun lawa, pulak tu kalau hangout dengan mereka memang snap pakai iphone jelaaa tak main la android,, ceiittt! Hmm lepastu bila suruh share gambar senyap jeeeeee. Okaylah takpee biasa dah.
Lepas tu tolonglah ye kalau korang yg ada terbaca post aku ni and then korang dah tak lama lagi nak sambung belajar and menyewa kat luar, tolonglah satu rumah tu ada semangat permuafakatan. Kena selalu memahami kawan2 serumah and ambik berat. Kalau yg sorang sakit yg lain kenalah bawak dia pergi klinik ke. Jaga makan minum dia ke.
Misal kata bab makan pulak kalau satu rumah setuju nak masak sendiri kumpullah duit beli lauk dan barang2 dapur. Siapa yg pandai masak haa tolonglah korban sikit. Takpa dapat pahala kan masak untuk perut2 yg lapar huhuhu. Ni contoh lah ye. Ada 3 orang yg memang masak sendiri. Lain makan beli kat luar. So tak payah la kan makan dalam bilik bertiga pastu tutup pintu. Ya Allah macamlah aku dengan kawan2 yg lain hamak sangat nak mintak. Perlu ke macam tu ye ? Nampak racist sangat kan.
Bila dah nama pun student, kita semua sama. Berikat perut. Teringin nak beli macam2 nak bergaya macam dalam ig tapi duit tak mengizinkan. Macam tu pun ada lagi nak simpan2 makanan, nak makan sorok2. Come on lah semua kan dah besar. Ingatlah kepada sesiapa yg baca post aku ni kan tolonglah ada sikap tolong menolong and ambil berat dekat kawan2 serumah sewa. Even mereka bukan kawan kau till Jannah, mereka tu lah ibarat family kedua kau kat tempat belajar. Apprecite laaa..

Sunday 1 November 2015

..

Aku tahu perasaan ini pemberian dariMu tapi aku tak kuat kalau sakitnya seperti yg aku rasa waktu ini . Sakit tak terkata :'(

Sunday 25 October 2015

For You

You remain in my heart, the deepest side........

Seingat aku waktu persahabatan kita tidak begitu lama. Tidak selama yang kita inginkan. Pertamanya aku kenal kau sewaktu tahun 2007. Masih kekal di ingatan aku tak suka sangat pergi tuisyen i-Pintar tu. Tapi ayah aku berkeras hantar juga aku ke sana.

Setiap Sabtu dan Ahad, i-Pintar itulah yang aku jejakkan kaki. Kadang-kadang pergi itu terpaksa. Tapi tempat tuisyen itulah mulanya aku kenal seorang yang bernama, Mimie Syara Mohd Fizal. Mula-mula aku tak perasan kau pun. Pergi pun terpaksa mana nak nampak siapa-siapa kan. Tak ada niat pun nak cari kawan ataupun berkawan.

Aku sudah lupa subjek apa yang aku ambik kat i-Pintar tu. Semakin menginjak dewasa terlampau banyak dah aku fikir. Sedar juga lama kelamaan banyak kenangan lepas yang semakin pudar dari ingatan. Entah macam mana kau cuba nak berkawan dengan aku.

Kau tanya nama aku. Kau tanya mana aku tinggal. Kau tanya mana aku sekolah. Kau memang banyak cakap. Aku pun terus tahu serba sedikit pasal kau. Kau duduk Taman Sedap. Kau sekolah SKPR. Tak semua orang kat tuisyen tu yang sudi nak borak dengan aku macam yang kau buat.

Setiap minggu pergi i-Pintar tu memang muka kau sahaja yang aku cari. Daripada aku kurang semangat nak pergi tuisyen aku jadi seronok. Sebab aku dah kenal kau, kawan baru aku. Aku dah lupa sama ada kita ada bertukar nombor atau tak. Perangai kau menyenangkan hati. Tak pernah pun kau sombong.

Masa berlalu, tiba waktunya kita UPSR. Aku akui sepanjang waktu aku fokus dengan UPSR tu aku mula lupa pasal kau. Mungkin sebab aku takut itu adalah peperiksaan penting yang pertama dalam hidup aku. Alhamdulilah result yang boleh aku banggakan 3A2B. Aku tinggalkan sekolah rendah. 2008 aku jejakkan kaki di STI - SMK Tun Ismail, Parit Raja.

Tak sangka aku jumpa kau lagi. Mulanya waktu pembahagian kelas tu kau kat kelas C. Aku kelas B. Entah macam mana mungkin takdir Tuhan untuk kita bersahabat, kau naik kelas B. Satu kelas dengan aku. Tahun itu aku stick dengan kau, duduk sebelah kau. Kita duduk belakang sekali. Lepas tu kita selalu bising kan.

Aku ingat lagi Shelly dengan Shee En duduk depan kita. Kita ada crush satu class nama dia Amir J. Dia satu poli dengan aku, Mie. Ingat lagi tak kita selalu kena kacau dengan Yusuf, Aiman and Epul. Kau selalu cakap kau benci Yusuf. Tapi akhirnya kau happy dengan dia kan :)

Tahu tak apa yang aku tak boleh lupa? Kau jadi pengawas tapi kau suka buat bising kat kelas :) Lepas tu bila waktu rehat je kau keluar 15 minit awal, kau mesti belikan aku air. Sebab aku tak suka berebut-rebut dengan lelaki nak beli air. Satu cawan 50sen je. Kau selalu suruh aku beli makanan tapi aku tak pernah beli. Aku cuma minum air je.

Daripada rehat kat kantin kita tukar port rehat kat koperasi. Wajib betul beli aiskrim traffic light dengan keropok. Itu lah makanan rehat kita hari-hari. Sekarang aku dah jarang nampak aiskrim tu Mie aku teringin nak makan lagi. Bila makan je aiskrim tu lidah mesti jadi merah :)

Tapi Mie aku ralat sampailah sekarang. Aku kesal dengan perangai aku. Bila kau tak datang kelas je esoknya bila kau datang mesti aku tak bercakap dengan kau. Aku merajuk. Kau nak tahu tak Mie bila kau tak datang kan aku sunyi tak ada geng sekepala yang nak gelak kuat-kuat. Sebab tu bila kau tak beritahu kau tak datang aku merajuk sangat.

Kau pujuk aku kau tanya aku kenapa senyap. Tapi aku diam je. Mie sumpah aku menyesal layan kau macam itu. Kita tak pernah pun gaduh. Cuma aku je yang kadang-kadang tak bertegur dengan kau. Cuma kerana hal yang kecik. Tak pernah kita ada masalah yang besar. Esoknya mesti kita dah elok balik.

Mie, aku happy bila birthday aku yang ke 13 kau wish. Kau bagi hadiah :) Kau suka bagi aku coklat. Kau tulis kat kertas tu kau pesan jangan lupa solat. Kau pesan jangan pernah lupakan kau. Kau harap persahabatan kita kekal selamanya.

2008 sebetulnya tahun yang indah buat aku. Banyak kenangan manis. Berkawan dengan kau buat aku rasa aku tak ada masalah. Aku tak bercinta. Aku bercinta dengan persahabatan kita. Tapi kata orang hidup sentiasa berubah. ...

Sayangnya kita terpisah. Aku naik kelas A, sesi pagi. Kau masih sesi petang. Kau tahu tak Mie aku rasa tak seronok. Aku tak kenal lagi dengan budak-budak kelas A tu. Semuanya serius. Tak ada yang gelak-gelak. Tak macam yang kita selalu buat kat kelas bila cikgu tak ada. Dia orang semua asyik dengan buku. Tiba-tiba aku terikut rentak nerdy.

Aku mengadu kat kau. Aku mesej kau malam itu. Ya, kita tak jumpa lagi facebook, kita tak kenal lagi whatsapp, wechat. Semua tu tak wujud dalam kamus hidup aku dan kau. Aku mesej kau aku kata aku tak happy. Aku cakap aku stres aku nak mati. Kau balas kau nasihat kan diri aku ni untuk tetap kuat. Dan apa yang menyentap hati aku bila kau kata, 'kalau kau cakap kau nak mati, janganlah mati wani. Biar aku yang mati dulu'.

Aku teruskan kehidupan. Aku dapat tahu kau pun ada kawan baru. Kau pun baik dengan Shapika. Aku tak marah sesiapa. Aku faham siapa pun tentu akan rapat dengan kau sebab kau baik Mie kau suka buat orang lain ketawa. Tapi jujurlah aku kadang-kadang cemburu bila kau dah kurang perhatian kat aku. Sedih Mie. Tak ada siapa pun yang boleh ganti tempat kau.

2010. Tahun yang menduga kekuatan hati aku.
Mula sahaja sesi persekolahan aku ada terfikir lepas ini bolehlah kita rehat sama-sama. Pergi kantin sama-sama. Kau dah masuk sesi pagi. Aku cukup gembira. Kau tetap sama tetap comel tetap pendek tetap bising! :):)

Tapi kegembiraan aku tak lama......
Aku ingat lagi hari itu hari Rabu. Masih kekal di ingatan aku waktu aku berdiri luar kelas tu aku terdengar suara yang aku sangat kenal - suara kau panggil nama aku. Aku toleh ke kiri. Betul Mie aku masih ingat macam mana kau datang kat aku. Kau kata kau ada benda nak cakap. Kau kata nanti balik kau mesej.

Dalam perjalanan pulang tu aku tertanya tanya apa agaknya yang kau nak beritahu. Sebab aku tengok muka kau serius. Dari mata kau pula aku perhati ada rasa sedih. Sampai je di rumah aku terus dapatkan phone aku.

Kau mesej kau cakap jangan sedih. Aku tiba tiba berdebar. Rupanya... kau nak pindah Puchong. Sebab Mak Oji dengan Ayah Fizal nak kerja kat sana. Berderai laju je air mata aku Mie. Aku terlampau risau aku tak akan jumpa kau lagi. Hari-hari terakhir kau kat STI kau ada jumpa aku, kau beri aku gambar kau. Kau kata kalau rindu tengoklah gambar aku. Kau tetap dengan perangai comel kau :)

Akhirnya kau pindah. Sunyi sangat hidup aku waktu itu. Setiap kali lalu rumah kau aku selalu harap kau ada kat pintu tu tunggu aku datang. Rindunya kat kau ;(

Terakhir aku jumpa kau waktu cuti Tahun Baru Cina. Kau balik sini sekejap. Apa lagi aku pun tak lepaskan peluang datang rumah kau. Mak Oji ajak makan. Sedap sangat lauk sardin tu patutlah Mak Oji buka kedai makan :)

Tapi waktu tu kau kurang sihat kan Mie. Kau muntah-muntah kesian aku tengok keadaan kau. Tapi kau tetap juga layan aku macam kau tengah sihat. Kau cerita pasal life baru kau. Kau kata kat sana kau dapat kawan cina. Kita baring atas katil kau sama-sama kau cerita banyak benda. Kau ada kata nak belajar rajin-rajin untuk PMR sebab kau ada niat nak masuk MRSM.

Tak sangka Mie itu terakhir kalinya aku jumpa kau. Aku salam tangan kau aku bertentang mata dengan kau. Tak pernah aku duga itu yang terakhir kalinya dalam hidup aku......... ;(

Hari jumaat tu, aku terserempak dengan Shapika. Aku terus kata kat dia aku rindu kau sebab aku tahu dia ada contact kau. Pika kata nanti dia beritahu kau aku rindu kau. Balik itu kau call aku :) aku paling ingat kau cakap 'aku rindu sangat kat kau, wani'. Kau kata cuti sekolah nanti kau balik sini nak jumpa kawan-kawan kat sini.

Esoknya, Sabtu, 10/4/2010. Birthday mak aku. Petang itu celebrate dengan family aku kat bandar. Makan sedap petang tu. Dalam perjalanan pulang dalam kereta itu juga Pika call aku. Aku dengar setiap bait perkataannya. Dia menangis. Aku tanyakan kenapa. Dia mengulang banyak kali untuk aku percaya :( Sungguh .. pedih hati aku

Kawan, perginya kau dalam usia yang terlalu muda. Meninggalkan semua yang ikhlas menyayangi...........

Rupanya itu panggilan terakhir. Dua kali kau tinggalkan aku Mie. Tapi kali ini kau pergi untuk selamanya. Kau pergi jauh. Benar janji kau untuk pulang ke sini. Tapi yang pulang cuma jasad.........

Buat terakhir kalinya aku mengucup dahi seorang kawan yang begitu aku sayangi. Doaku mengiringi agar kau tenang di sana.

Mimie, kalaulah......kalaulah kau boleh tahu betapa banyak benda yang aku nak cakap. Banyak hal yang aku nak luah........Tiba-tiba rindu ini datang. Lama sudah kau tidak datang dalam mimpi aku. Adakah aku yang terlupa?
Kita tak ada gambar bersama:( kita tak sempat buat friendship goals. Kita tak pernah jalan mall sama-sama. Aku dah hilang gambar kau :(:( Rindunya Tuhan saja yang tahu. Terima kasih untuk kau yang tak berpeluang aku ucapkan...kerana pernah menjadi seorang yang penting dalam hidup aku. Walau tak berkesempatan untuk lebih lama.
Kalau kau ada waktu ini kau tentu boleh faham aku. Jujur Mie, kau tak ada pengganti. Terima kasih pernah ajari aku erti persahabatan yang manis. 5 tahun dah kau pergi. Kau tetap hidup dalam kenangan kami. Tidurlah dengan tenang. Ku tetap merindui. So long and goodbye <3

Al Fatihah buat Mimie Syara Mohd Fizal...


Saturday 24 October 2015

Hopeless

What if i say sometimes I really dont wanna carry on this life.

Mungkin post ini akan buat orang lain fikir yang aku ni manusia yg tak reti bersyukur ... or iman aku tak kuat. People.. peeps.. manusia.. insan.. orang.. Hanya tahu menilai. Beranggapan diri sendiri sudah cukup baik. Seperti mereka tidak pernah melakukan dosa.

Aku.. tahu aku sepatutnya nikmati hidup ini, pemberian Tuhan ini. Tapi aku juga manusia yang kadang kala seakan hilang harapan. Yang selalu terfikir di depan itu hanya jalan mati yang tak boleh aku langkaui.

Bukan aku tak syukuri pemberian Tuhan. Tapi aku bukan hipokrit. Ada masanya aku fikir tak ingin hidup lagi. Gila? mungkin aku gila. Mungkin aku dah terbeban dengan kata-kata yang wujud dari imaginasi aku sendiri.

Orang kata kita hidup dengan impian. Hidup untuk capai impian. Impian jadi realiti. Aku juga punya impian. Tak sedikit tapi banyak.. Belum terlaksana........... pernah tidak aku terfikir andai impian itu terkubur. Andai aku tidak sempat melihat impian jadi nyata. Seruan telah memanggil aku pulang.....

Nyata bagiku hidup adalah teka teki. Bahkan 5 minit lagi aku tidak ketahui kesudahan ceritaku. Merancang.. hanya itu boleh dilakukan.

Rasa yang ada dalam diri aku ini buatkan aku jadi murung. Aku tak tahu apa yang kurang sebetulnya masalah ini masalah aku dan diri aku sendiri. Aku pendam terlalu banyak. Mengingatkan aku 6 tahun lepas, aku tak punya hidup yg indah. Sampai satu saat aku fikir nak bunuh diri sendiri.

Aku tahu suara rintihanku tak akan kedengaran. Tak, aku bukan watak penting. Aku cuma lagu sedih. Aku menyedihkan .

Tuesday 20 October 2015

Selasa, 20/10/2015

Selamat Menghadap Mood Final kepada rakan-rakan seperjuangan semoga kalian dapat result yang gempakz dan 'flying colors' gituu !

Semester 3 yang mencabar ni aku kena hadap 3 paper . Tak macam sem lepas aku cuma ada 1 paper je. So tadi aku punya first paper, DTM 3042 : Tourism and Hospitality Law. Haa kau tak pernah-pernah aku nak menghafal kod kursus ni.

Paper okay. Aku berpuas hati. Cuma memang rasa boleh buat lebih baik. Itupun aku kira study last minit juga. Paper start 11:15am. Malam sebelumnya aku study dari jam 11 lebih sampailah pukul 03:00am. Jam 04:00am baru aku dibuai mimpi.

Bila sedar je pagi itu dalam pukul 08:00am macam tu memang sangat terasa mata aku pedih (tanda tak cukup tidur). Dan pula aku ni memang ada masalah mata panda comel. Makin bertambah lah lingkaran gelap kat sekitar mata aku ni.

Nak buat macam mana kan nama pun - STUDENT. Nasib baiklah dalam keadaan aku yang kurang tidur tu aku masih mampu jawab soalan exam dengan profesional ecehh !

Tapi bila paper habis je pukul 01:15pm tu bila keluar je dewan kena udara luar yang bertoksik dek jerebu tu mood aku terus macam kena langgar lori tanah. Habis bersepai mood aku. Lunch dengan budak-budak itu pun aku tak ada selera. Padahal sedap je nasi ayam tu.

Balik rumah makin bertambah-tambah moody aku. Aku cuma bercakap dengan seorang je - Adibah. Housemate aku yang lain aku tak tegur. Entah kenapa aku rasa mulut aku macam ada emas. Sayang nak buka walau sikit takut emas tu berterabur hehe.
.
Yang jadi mangsanya bila aku moody a.k.a hati panas ni tak lain dan tak bukan ialah boyfriend aku sendiri, Shafiq. Memang muka dia yang kena menghadap mood aku dan perangai annoying aku ni.

Aku sebenarnya memang kesian dekat dia. Iyalah tak pasal-pasal kena marah dengan aku. Dia bergurau sikit aku tak boleh nak terima. Masalahnya macam ini lah bila bulan aku dah nak mengambang penuh. Mood aku swing 360 darjah.

Aku pun tak suka nak moody-moody ni tapi nak buat macam mana kan dah aku ni seorang wanita yang normal. Setiap bulan mood macam itulah yang aku hadap sebab hormon aku nak berubah.

Serabut layan perempuan? Hmm perempuan lagi serabut layan diri sendiri. Seolah-olah macam tak tahu apa yang diri sendiri nak. Simptom yang biasa aku hadap bila nak period ni - moody, sensitif, hangin tak tentu pasal, menangis tiba-tiba. Uii penat weh melayan kerenah diri sendiri ni.

Penat nak merajuk dan nak marah. Kalaulah ada jual ubat control mood kat mana-mana farmasi aku nak je beli. Sebab memamg menyesal bila dah tunjukkan sikap tak matang tu dekat orang lain. Aku sedar aku dah marah orang lain yang tak bersalah tapi aku tak mampu nak control .

Harapnya cepat-cepatlah aku period so bolehlah mood aku stabil kembali dan hubungan aku dengan orang lain pun tak terjejas. Selamat malam dunia. Selamat malam cinta. Selamat malam Althea.
Much love.

Tuesday 13 October 2015

Kurus atau Berisi ?

Antara kurus atau berisi ?

Dulu masa sekolah isu ini tak wujud langsung. Iyelah sebab sekolah. Masih adik-adik lagi kan. Tak ambik port langsung pasal apa orang lain fikir pasal fizikal aku. Tapi aku ni memang dari lahir tak pernah berisi.

Ni bukan sembang pokok goyang tau. Ni apa yang mak aku sendiri cakap. Aku lahir je ke dunia ni berat aku 3.2 kg. And now dah 20 tahun hidup pun jarang aku berisi. Aku ingat ada sekali tu waktu aku berisi. Masa tu dah habis sekolah.

Masuk je poli sambung belajar terus turun balik. Well, biasalah life's student. Life's student ni ada waktunya menghibur hati. Sebab apa? Sebab  bergelumang dalam life's student la aku mampu survive. Tak cukup di situ belajar tourism management, belajar juga macam mana hidup bersederhana.

Nama pun student. Duit tu memang ala kadar. Jadi segala perbelanjaan pun se ala kadar yang mungkin. Tipulah. Tipu kalau cakap duit yang ada tu cukup untuk perbelanjaan harian. Inikan time remaja. Memang banyak keinginan. Lalu kedai tu teringin nak beli. Selak IG nampak kasut pun nak buat harta.

Tapi itu semua memang angan-angan sebab duit cukup-cukup makan je. Haha. Tak apalah tak dapat merasa time ni InsyaAllah satu hari nanti dapat. Tiba-tiba boleh cerita pasal life's student. Inilah perangai aku suka sangat meleweh-leweh cerita.

Cerita pasal kurus atau berisi tadi, bila aku kata nak berisi ramai yang bangkang keputusan aku. Berani betul mereka. Mereka tidak kenalkah aku ini siapa. Akulah si manja garang. Haha. Ouch. Bukan apalah. Aku ni kadang-kadang kuat terpengaruh.

Bila aku nampak perempuan pakai dress lawa kat IG lepastu pulak badan dia berisi and aku nampak benda tu sesuatu yang gorgeous, mestilah aku terpengaruh nak badan macam tu kan. Lagipun encik tunang pernah suruh aku berisi sikit. Cuba cakap dengan aku perempuan mana yang tak akan ikut pandangan orang yang dia sayang.

Aku ni pulak jenis yang susah nak naik badan tau. Nak turun memang zuupppp! laju je. Pernah dulu rutin makanan harian aku buah je. Nasi aku tak sentuh. Lepastu sekarang kalau makan nasi banyak memang aku tak pandai betul nak habiskan. Isunya sekarang aku in the middle. Yes aku nak berisi sikit. Bagi daging menempel kat badan aku ni.

Tapi bila ramai kawan-kawan aku yang kata 'why must you gain your weight?'. Badan aku dah okay apa semua cukup dengan ketinggian aku. And yes memang kadang kala aku rasa aku cantik bila aku kurus. Nampak bentuk kaki and cheek bones pun menonjol. Hmm tapi itulah bila nampak gegirl yang body curvy sikit aku mesti nak macam tu juga..

So aku rasa sekarang aku ada masalah kecelaruan. Tak tahu nak kurus atau berisi. Tapi sebetulnya apa yang aku percaya adalah kau akan cantik sekiranya kau menjadi diri sendiri tanpa dipengaruhi keputusan orang lain. Setiap insan punya pandangan yang tak sama.

Tak kanlah perihal diri sendiri kita nak orang lain yang tentukan. Sampai bila nak duduk bawah bayang-bayang orang lain. Apa yang aku tahu sekarang aku cepat lapar. Kesimpulannya aku akan makan selagi mampu.

Thursday 17 September 2015

Semoga kita diberkati olehNya

Yesterday a bad day. Do any girls love separated? No.
Never.
Sama macam saya. Saya tak suka perpisahan. Tak suka perubahan dalam relay kita. Tapi relay mana yg tak pernah dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit. Inikan hati manusia. Saya seakan tak percaya. Jumaat lalu kita jumpa. Sampailah hari Isnin kita luang masa bersama. Semalam okay. Awak siap mimpi kita nikah.
Sapa tak gembira:) Tapi malam semalam kita gaduh. Gaduh teruk. Teruk sampai awak berkeras nak tinggalkan saya:( Hancurnya hati saya. Maghrib tu saya dah perasan awak lain sangat. Lepas je saya cerita hal saya yg lepas, petang tu, saya perasan awak dah jadi lain. Awak tak ada mood nak layan whatsapp saya. Walaupun awak kata awak okay saya tahu awak tak okay.
Awak.. Dalam banyak benda yg saya nak cakap saya paling nak sangat cakap yg saya ada awak sorang. Saya tahu awak dah tak percaya saya :( Awak kata ni zaman 2015. Bukan zaman tulis surat letak bedak. Awak, saya ada awak seorang je. Walaupun saya ada text orang lain or buat benda yg awak tak suka,, dalam hati ni awak seorang je duduk. saya text untuk suka-suka bukan ada feeling dengan orang-orang tu.
Saya tak hormat awak. Saya mengaku silap saya yg selalu burukkan awak. Saya minta maaf. Awak, setiap apa yg saya kata awak kat kawan-kawan saya tu semua saya tak maksudkan dalam hati. Dan text saya dgn Dyana. Saya jujur mengaku saya termakan ckp dia. Saya tak yakin dengan awak. Waktu tu kita ada masalah. Awak kata taknak pkai phone awak malas nak contact saya. Saya frust :(
Saya fikir buruk. Saya fikir awak ada orang lain. Bodohnya saya sebab fikir macamtu. Sebab termakan kata dyana lah saya buat wechat baru tu. Saya tercabar dengan awak. Saya sedih waktu tu saya cuba gembirakan hati saya. Niat saya waktu tu nak happy kan diri je. Wallahi bukan sebab nak contact ex balik or bukan sebab nak cari orang lain. Tapi sebab nak lupakan sekejap luka kat hati ni. Saya tewas dengan pandangan org lain. Tapi sumpah Demi Allah lepas je awak tegur dan marah saya pasal wechat tu terus saya tak bukak. Saya on wechat awak CARISAYA95 tu.
Sampailah satu malam tu saya bagi dua2 pasword wechat. Tulah kali terakhir saya main wechat lepas awak tukar password. Saya tak faham macam mana awak boleh tergerak hati nak kata saya ada main wechat lagi. Sumpah saya tak ada main wechat :(
Pasal botak. Saya dah tak ada contact dia lepas je kali kedua kita jumpa. Lillahitaala saya tak ada contact dia. Jujur saya memang save no dia. Lagi sekali saya minta maaf. Tujuan saya tak lebih sebab nak tengok whatsapp profile dia je awak. Ye saya mengaku saya save nama tu. Awak kata dia dah ada awek baru. Saya bukannya jeles. Jauh sekali. Tapi sebab awak dah kata awek dia macam janda. Sebabtu saya nak tengok.
Itu je awak :( Gambar-gambar dgn ex saya dalam laptop pun dah lama saya delete. Gambar yg awak jumpa dalam phone saya tu saya send kat Endok sbb nak cakap kat dia nak delete dah gmbar tu. tak sangka masih simpan. Bukan sebab nak sweet balik nak getback balik. Sumpah tak, awak. Gambar dgn amni tu saya send dkt group burit. Saya ckp kat dorang tu gambar pelancau. Semua tu saya tak simpan dah.
Dan pasal audio yg awak kata saya send kat botak tu. Sumpah awak. Percayalah. Saya tak tahu macam mana boleh ada tu semua. Dan saya bukan sengaja hempas phone tu sbb nak suruh awk percaya saya. Hakikatnya memang saya tak ada contact dia. Sungguh. Demi Allah :( Pasal hal saya yg saya dah cerita . Saya cerita bukan saya nak awak jadi macam tu. Awak, jujur, saya sebenarnya taknak cerita. Tapi saya ego. Saya teringat bila awak cerita pasal ex awak. And saya sakit hati. Saya terus nak buat awak rasa sakit hati macam saya. Jahat saya ni kan. Saya memang tak matang. Saya tak pernah ingin nak ex saya balik wak. Saya cakap awak dgn dia terbaik. Saya nak buat awak panas.
Tapi malam tu awak terus kata saya bukan yg terbaik. Awak, saya tak tahu saya nak luah macam mana apa yg saya rasa sekarang.
Saya rasa menyesal, saya rasa bersalah, saya rasa tak guna, saya rasa kecewa dengan awak.
Awak, kalau awak rasa saya ni penipu awak fikir baliklah apa yg saya dah buat untuk kita. Saya tak mengungkit tapi ingatlah pengorbanan saya, pengorbanan awak untuk saya. Awak dan saya kita ada isu kepercayaan. Percayalah apa yg awak rasa kat saya sama macam apa yg saya rasa kat awak. Tapi saya selalu ingat indahnya dalam relay kita. Dan setiap kali awak tinggalkan saya awak mesti harap saya belajar apa yg patut . Sunyinya rasa tu. Kosongnya rasa tu. Saya tak mampu kata apa. Awak tinggal saya macam tu je :( Terseksa nya dalaman saya :(
Bila tertengok gambar kita saya rasa rindu. Tempat selalu saya bermanja, luah perasaan, lepas geram dah tak ada :( Dah tinggal saya sorang2.
InsyaAllah beri saya masa. Saya beri awak masa. Demi awak dan mak ayah saya berubah. La tahzan. Saya berharap sangat kiranya waktu kita dipertemukan kembali kita sudah bersedia untuk satu sama lain. Doaku sentiasa untukmu, Muhammad Shafiq Fahmi.