Tuesday 13 October 2015

Kurus atau Berisi ?

Antara kurus atau berisi ?

Dulu masa sekolah isu ini tak wujud langsung. Iyelah sebab sekolah. Masih adik-adik lagi kan. Tak ambik port langsung pasal apa orang lain fikir pasal fizikal aku. Tapi aku ni memang dari lahir tak pernah berisi.

Ni bukan sembang pokok goyang tau. Ni apa yang mak aku sendiri cakap. Aku lahir je ke dunia ni berat aku 3.2 kg. And now dah 20 tahun hidup pun jarang aku berisi. Aku ingat ada sekali tu waktu aku berisi. Masa tu dah habis sekolah.

Masuk je poli sambung belajar terus turun balik. Well, biasalah life's student. Life's student ni ada waktunya menghibur hati. Sebab apa? Sebab  bergelumang dalam life's student la aku mampu survive. Tak cukup di situ belajar tourism management, belajar juga macam mana hidup bersederhana.

Nama pun student. Duit tu memang ala kadar. Jadi segala perbelanjaan pun se ala kadar yang mungkin. Tipulah. Tipu kalau cakap duit yang ada tu cukup untuk perbelanjaan harian. Inikan time remaja. Memang banyak keinginan. Lalu kedai tu teringin nak beli. Selak IG nampak kasut pun nak buat harta.

Tapi itu semua memang angan-angan sebab duit cukup-cukup makan je. Haha. Tak apalah tak dapat merasa time ni InsyaAllah satu hari nanti dapat. Tiba-tiba boleh cerita pasal life's student. Inilah perangai aku suka sangat meleweh-leweh cerita.

Cerita pasal kurus atau berisi tadi, bila aku kata nak berisi ramai yang bangkang keputusan aku. Berani betul mereka. Mereka tidak kenalkah aku ini siapa. Akulah si manja garang. Haha. Ouch. Bukan apalah. Aku ni kadang-kadang kuat terpengaruh.

Bila aku nampak perempuan pakai dress lawa kat IG lepastu pulak badan dia berisi and aku nampak benda tu sesuatu yang gorgeous, mestilah aku terpengaruh nak badan macam tu kan. Lagipun encik tunang pernah suruh aku berisi sikit. Cuba cakap dengan aku perempuan mana yang tak akan ikut pandangan orang yang dia sayang.

Aku ni pulak jenis yang susah nak naik badan tau. Nak turun memang zuupppp! laju je. Pernah dulu rutin makanan harian aku buah je. Nasi aku tak sentuh. Lepastu sekarang kalau makan nasi banyak memang aku tak pandai betul nak habiskan. Isunya sekarang aku in the middle. Yes aku nak berisi sikit. Bagi daging menempel kat badan aku ni.

Tapi bila ramai kawan-kawan aku yang kata 'why must you gain your weight?'. Badan aku dah okay apa semua cukup dengan ketinggian aku. And yes memang kadang kala aku rasa aku cantik bila aku kurus. Nampak bentuk kaki and cheek bones pun menonjol. Hmm tapi itulah bila nampak gegirl yang body curvy sikit aku mesti nak macam tu juga..

So aku rasa sekarang aku ada masalah kecelaruan. Tak tahu nak kurus atau berisi. Tapi sebetulnya apa yang aku percaya adalah kau akan cantik sekiranya kau menjadi diri sendiri tanpa dipengaruhi keputusan orang lain. Setiap insan punya pandangan yang tak sama.

Tak kanlah perihal diri sendiri kita nak orang lain yang tentukan. Sampai bila nak duduk bawah bayang-bayang orang lain. Apa yang aku tahu sekarang aku cepat lapar. Kesimpulannya aku akan makan selagi mampu.

No comments:

Post a Comment