Sunday 25 October 2015

For You

You remain in my heart, the deepest side........

Seingat aku waktu persahabatan kita tidak begitu lama. Tidak selama yang kita inginkan. Pertamanya aku kenal kau sewaktu tahun 2007. Masih kekal di ingatan aku tak suka sangat pergi tuisyen i-Pintar tu. Tapi ayah aku berkeras hantar juga aku ke sana.

Setiap Sabtu dan Ahad, i-Pintar itulah yang aku jejakkan kaki. Kadang-kadang pergi itu terpaksa. Tapi tempat tuisyen itulah mulanya aku kenal seorang yang bernama, Mimie Syara Mohd Fizal. Mula-mula aku tak perasan kau pun. Pergi pun terpaksa mana nak nampak siapa-siapa kan. Tak ada niat pun nak cari kawan ataupun berkawan.

Aku sudah lupa subjek apa yang aku ambik kat i-Pintar tu. Semakin menginjak dewasa terlampau banyak dah aku fikir. Sedar juga lama kelamaan banyak kenangan lepas yang semakin pudar dari ingatan. Entah macam mana kau cuba nak berkawan dengan aku.

Kau tanya nama aku. Kau tanya mana aku tinggal. Kau tanya mana aku sekolah. Kau memang banyak cakap. Aku pun terus tahu serba sedikit pasal kau. Kau duduk Taman Sedap. Kau sekolah SKPR. Tak semua orang kat tuisyen tu yang sudi nak borak dengan aku macam yang kau buat.

Setiap minggu pergi i-Pintar tu memang muka kau sahaja yang aku cari. Daripada aku kurang semangat nak pergi tuisyen aku jadi seronok. Sebab aku dah kenal kau, kawan baru aku. Aku dah lupa sama ada kita ada bertukar nombor atau tak. Perangai kau menyenangkan hati. Tak pernah pun kau sombong.

Masa berlalu, tiba waktunya kita UPSR. Aku akui sepanjang waktu aku fokus dengan UPSR tu aku mula lupa pasal kau. Mungkin sebab aku takut itu adalah peperiksaan penting yang pertama dalam hidup aku. Alhamdulilah result yang boleh aku banggakan 3A2B. Aku tinggalkan sekolah rendah. 2008 aku jejakkan kaki di STI - SMK Tun Ismail, Parit Raja.

Tak sangka aku jumpa kau lagi. Mulanya waktu pembahagian kelas tu kau kat kelas C. Aku kelas B. Entah macam mana mungkin takdir Tuhan untuk kita bersahabat, kau naik kelas B. Satu kelas dengan aku. Tahun itu aku stick dengan kau, duduk sebelah kau. Kita duduk belakang sekali. Lepas tu kita selalu bising kan.

Aku ingat lagi Shelly dengan Shee En duduk depan kita. Kita ada crush satu class nama dia Amir J. Dia satu poli dengan aku, Mie. Ingat lagi tak kita selalu kena kacau dengan Yusuf, Aiman and Epul. Kau selalu cakap kau benci Yusuf. Tapi akhirnya kau happy dengan dia kan :)

Tahu tak apa yang aku tak boleh lupa? Kau jadi pengawas tapi kau suka buat bising kat kelas :) Lepas tu bila waktu rehat je kau keluar 15 minit awal, kau mesti belikan aku air. Sebab aku tak suka berebut-rebut dengan lelaki nak beli air. Satu cawan 50sen je. Kau selalu suruh aku beli makanan tapi aku tak pernah beli. Aku cuma minum air je.

Daripada rehat kat kantin kita tukar port rehat kat koperasi. Wajib betul beli aiskrim traffic light dengan keropok. Itu lah makanan rehat kita hari-hari. Sekarang aku dah jarang nampak aiskrim tu Mie aku teringin nak makan lagi. Bila makan je aiskrim tu lidah mesti jadi merah :)

Tapi Mie aku ralat sampailah sekarang. Aku kesal dengan perangai aku. Bila kau tak datang kelas je esoknya bila kau datang mesti aku tak bercakap dengan kau. Aku merajuk. Kau nak tahu tak Mie bila kau tak datang kan aku sunyi tak ada geng sekepala yang nak gelak kuat-kuat. Sebab tu bila kau tak beritahu kau tak datang aku merajuk sangat.

Kau pujuk aku kau tanya aku kenapa senyap. Tapi aku diam je. Mie sumpah aku menyesal layan kau macam itu. Kita tak pernah pun gaduh. Cuma aku je yang kadang-kadang tak bertegur dengan kau. Cuma kerana hal yang kecik. Tak pernah kita ada masalah yang besar. Esoknya mesti kita dah elok balik.

Mie, aku happy bila birthday aku yang ke 13 kau wish. Kau bagi hadiah :) Kau suka bagi aku coklat. Kau tulis kat kertas tu kau pesan jangan lupa solat. Kau pesan jangan pernah lupakan kau. Kau harap persahabatan kita kekal selamanya.

2008 sebetulnya tahun yang indah buat aku. Banyak kenangan manis. Berkawan dengan kau buat aku rasa aku tak ada masalah. Aku tak bercinta. Aku bercinta dengan persahabatan kita. Tapi kata orang hidup sentiasa berubah. ...

Sayangnya kita terpisah. Aku naik kelas A, sesi pagi. Kau masih sesi petang. Kau tahu tak Mie aku rasa tak seronok. Aku tak kenal lagi dengan budak-budak kelas A tu. Semuanya serius. Tak ada yang gelak-gelak. Tak macam yang kita selalu buat kat kelas bila cikgu tak ada. Dia orang semua asyik dengan buku. Tiba-tiba aku terikut rentak nerdy.

Aku mengadu kat kau. Aku mesej kau malam itu. Ya, kita tak jumpa lagi facebook, kita tak kenal lagi whatsapp, wechat. Semua tu tak wujud dalam kamus hidup aku dan kau. Aku mesej kau aku kata aku tak happy. Aku cakap aku stres aku nak mati. Kau balas kau nasihat kan diri aku ni untuk tetap kuat. Dan apa yang menyentap hati aku bila kau kata, 'kalau kau cakap kau nak mati, janganlah mati wani. Biar aku yang mati dulu'.

Aku teruskan kehidupan. Aku dapat tahu kau pun ada kawan baru. Kau pun baik dengan Shapika. Aku tak marah sesiapa. Aku faham siapa pun tentu akan rapat dengan kau sebab kau baik Mie kau suka buat orang lain ketawa. Tapi jujurlah aku kadang-kadang cemburu bila kau dah kurang perhatian kat aku. Sedih Mie. Tak ada siapa pun yang boleh ganti tempat kau.

2010. Tahun yang menduga kekuatan hati aku.
Mula sahaja sesi persekolahan aku ada terfikir lepas ini bolehlah kita rehat sama-sama. Pergi kantin sama-sama. Kau dah masuk sesi pagi. Aku cukup gembira. Kau tetap sama tetap comel tetap pendek tetap bising! :):)

Tapi kegembiraan aku tak lama......
Aku ingat lagi hari itu hari Rabu. Masih kekal di ingatan aku waktu aku berdiri luar kelas tu aku terdengar suara yang aku sangat kenal - suara kau panggil nama aku. Aku toleh ke kiri. Betul Mie aku masih ingat macam mana kau datang kat aku. Kau kata kau ada benda nak cakap. Kau kata nanti balik kau mesej.

Dalam perjalanan pulang tu aku tertanya tanya apa agaknya yang kau nak beritahu. Sebab aku tengok muka kau serius. Dari mata kau pula aku perhati ada rasa sedih. Sampai je di rumah aku terus dapatkan phone aku.

Kau mesej kau cakap jangan sedih. Aku tiba tiba berdebar. Rupanya... kau nak pindah Puchong. Sebab Mak Oji dengan Ayah Fizal nak kerja kat sana. Berderai laju je air mata aku Mie. Aku terlampau risau aku tak akan jumpa kau lagi. Hari-hari terakhir kau kat STI kau ada jumpa aku, kau beri aku gambar kau. Kau kata kalau rindu tengoklah gambar aku. Kau tetap dengan perangai comel kau :)

Akhirnya kau pindah. Sunyi sangat hidup aku waktu itu. Setiap kali lalu rumah kau aku selalu harap kau ada kat pintu tu tunggu aku datang. Rindunya kat kau ;(

Terakhir aku jumpa kau waktu cuti Tahun Baru Cina. Kau balik sini sekejap. Apa lagi aku pun tak lepaskan peluang datang rumah kau. Mak Oji ajak makan. Sedap sangat lauk sardin tu patutlah Mak Oji buka kedai makan :)

Tapi waktu tu kau kurang sihat kan Mie. Kau muntah-muntah kesian aku tengok keadaan kau. Tapi kau tetap juga layan aku macam kau tengah sihat. Kau cerita pasal life baru kau. Kau kata kat sana kau dapat kawan cina. Kita baring atas katil kau sama-sama kau cerita banyak benda. Kau ada kata nak belajar rajin-rajin untuk PMR sebab kau ada niat nak masuk MRSM.

Tak sangka Mie itu terakhir kalinya aku jumpa kau. Aku salam tangan kau aku bertentang mata dengan kau. Tak pernah aku duga itu yang terakhir kalinya dalam hidup aku......... ;(

Hari jumaat tu, aku terserempak dengan Shapika. Aku terus kata kat dia aku rindu kau sebab aku tahu dia ada contact kau. Pika kata nanti dia beritahu kau aku rindu kau. Balik itu kau call aku :) aku paling ingat kau cakap 'aku rindu sangat kat kau, wani'. Kau kata cuti sekolah nanti kau balik sini nak jumpa kawan-kawan kat sini.

Esoknya, Sabtu, 10/4/2010. Birthday mak aku. Petang itu celebrate dengan family aku kat bandar. Makan sedap petang tu. Dalam perjalanan pulang dalam kereta itu juga Pika call aku. Aku dengar setiap bait perkataannya. Dia menangis. Aku tanyakan kenapa. Dia mengulang banyak kali untuk aku percaya :( Sungguh .. pedih hati aku

Kawan, perginya kau dalam usia yang terlalu muda. Meninggalkan semua yang ikhlas menyayangi...........

Rupanya itu panggilan terakhir. Dua kali kau tinggalkan aku Mie. Tapi kali ini kau pergi untuk selamanya. Kau pergi jauh. Benar janji kau untuk pulang ke sini. Tapi yang pulang cuma jasad.........

Buat terakhir kalinya aku mengucup dahi seorang kawan yang begitu aku sayangi. Doaku mengiringi agar kau tenang di sana.

Mimie, kalaulah......kalaulah kau boleh tahu betapa banyak benda yang aku nak cakap. Banyak hal yang aku nak luah........Tiba-tiba rindu ini datang. Lama sudah kau tidak datang dalam mimpi aku. Adakah aku yang terlupa?
Kita tak ada gambar bersama:( kita tak sempat buat friendship goals. Kita tak pernah jalan mall sama-sama. Aku dah hilang gambar kau :(:( Rindunya Tuhan saja yang tahu. Terima kasih untuk kau yang tak berpeluang aku ucapkan...kerana pernah menjadi seorang yang penting dalam hidup aku. Walau tak berkesempatan untuk lebih lama.
Kalau kau ada waktu ini kau tentu boleh faham aku. Jujur Mie, kau tak ada pengganti. Terima kasih pernah ajari aku erti persahabatan yang manis. 5 tahun dah kau pergi. Kau tetap hidup dalam kenangan kami. Tidurlah dengan tenang. Ku tetap merindui. So long and goodbye <3

Al Fatihah buat Mimie Syara Mohd Fizal...


No comments:

Post a Comment